PENGENALAN



Perabot  Noorzakman  Sdn. Bhd.  Telah  diperbadankan  di  Alor  Setar  pada  20 Jun 1989 dan dimiliki sepenuhnya  oleh  Bumiputra. Sektor perkilangan menjadi  pilihan  aktiviti  kerana  memandangkan  sektor  ini  boleh  menwujudkan  Masyarakat  Perdagangan  dan  Perindustrian Bumiputra dan Golongan. Kelas  Menengah  Bumiputra.  Penubuhan  Syarikat  ini  juga  adalah  sejajar  dengan  seruan kerajaan yang  mengalakkan  golongan Bumiputra khususnya untuk melibatkan diri secara langsung dan agresif dalam bidang yang diceburi.Kami adalah dibawah vendor Guthrie Furniture Sdn Bhd suatu ketika dahulu sebelum pembubarannya. 

Kami  mengeluar  dan  membekal  pelbagai  jenis  perabot  mengikut  kehendak  dan  citarasa  pelangan.  Ianya  termasuk  perabot tempahan khas dari jenisterkini dan klasik untuk memenuhi keperluan kediaman, rekseasi, pejabat, sekolah, universiti, hospital, pusat  latihan  dan pusat peranginan. Selain itu kami juga  menyediakan  perkhidmatan  perunding  rekabentuk  dan  hiasan  dalaman  secara  komprehensif,  iaitu  yang menggabungkan konsep rekabentuk dan hiasan, pengeluaran dan penyelarasan pembekal.

Kumpulan pengurusan, Pemasaran dan teknikal membantu organisasi mengekalkan kawalan mutu dan sentiasa mendahului perubahan masa.

Bagi merealisasikan matlamat dan menjamin masa depan syarikat, kami berharap semua Jabatan Kerajaan dan Swasta dapat memberi peluang kepada kami untuk  mengambil  bahagian  di dalam  projek-projek  di bawah  selian. Kami akan berusaha memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan sebelum dan  selepas tamat projek kerana di PNSB kepuasan pelanggan adalah kejayaan kami.

PNSB  akan  mengembangkan  cabang  aktiviti  agar  terus  meningkat  maju  serta  terkenal  sebagai  usahawan  Bumiputra yang berwibawa dan setanding dengan  usahawan  luar.  Kami  juga  memainkan  peranan  sebagai  penyumbang  kearah  pencapaian  Wawasan  2020  untuk menjadikan Malaysia sebuah 
Negara maju.